Disaat
mula perkenalan kita…kita saling tidak mengenali..namun hatiku tertarik..dengan
nakalnya kamu..dengan angkuh nya kamu…tanpaku peduli apa orang katakan tentang
kamu…saat itu aku yakin itu cinta..detik demi detik telah aku suarakan..rasa
kasih dan sayangku padamu pada teman temanku..saat itu aku rasa aku semakin
dekat padamu..hingga akhirnya kau perasan yang aku ada. Perkenalan kita semakin
dekat bila pertama kali ku dengar suaramu. Jiwa ku seperti ringan berada di
awanan cintamu. Semakin ku dekat semakin ku cinta. Namun dugaan satu2 seperti
tidak izinkan kita bersama..kau hilang..aku jua hilang. Membiarkan hati yang
lain bersama.
Namun ku tahu walau aku bukan milikmu saat itu, separuh jiwa ku sudah hanyut bersama cintamu. Di saat ku menerima yg lain kau datang padaku. Kau bawa hatimu yang kecewa. Aku juga sudah tidak mampu menipu diriku dan melepaskan yang lain yg begitu sayangkan aku. Aku pasti aku sungguh melukakan hati dan perasaan mereka. Yang ku tahu hanya kamu lelaki yg aku gila2. Aku masih ingat lagi masa kita benar dekat bersama. Kau pintaku menjadi kekasihmu selamanya. Aku tanpa segan silu menerima mu walau ku tak tahu benarkah keputusanku ini. Ku bisik hatiku untuk mencuba dan jangan terlalu mengharapkan cinta tulus darinya. Bahagianya aku saat itu tidak dapatku katakan.
Kami mula bercinta berkasih bersayang seperti pasangan bahagia yang sukar untuk dipisahkan. Walau saat itu jarak diantara kami agak jauh. Namun bila dia ada di depan mata aku seolah seperti bidadari yang sangat indah. Pelbagai impian harapan kami bina bersama. Susah senang kami tetap satu. Aku saat itu tidak pernah mnjangga dia kan berubah, sosok buaya darat nya seakan menghilang, dia sayang dan hormati aku sepenuhnya, hubungan kami sudah diketahui semua teman dan keluarga. Tidak lupa hasrat kami untuk saling melengkapi dan memikirkan masa depan yang lebih indah.
Setelah kami dapat yang kami inginkan. Dia dapat pekerjaan yang lebih layak, aku juga berjaya menghabiskan pelajaran ku dengan cemerlang. Hubungan kami retak dan terus hancur. Ini semua kerna ego dan perubahan pada dirinya. Sampai sekarang apa aku salah dan kenapa sanggup dia lepaskan aku begitu saja. Betapa aku sukar untuk melupakannya. Aku sentiasa mengikuti perkembangannya walau aku bukan lagi miliknya. Aku sentiasa doakan dia Berjaya dan bahagiakan kedua orang tuanya. Tapi aku tahu ianya hanya akan membuat aku terluka menangis. Beginikah sakitnya putus cinta. Sangat sakit. Walau luaran kau tahu aku tabah, aku Nampak reda dengan sokongan teman semua. Tapi aku tahu aku hanya berpura2, aku bohong hati dan perasaanku.Dia juga berjanji padaku tiada siapa dapat gantikan aku dihatinya. Masa begitu lama untuk aku berduka. Kami cuba perbetulkan hubungan kami. Dia juga berjanji untk bersama ku kembali. Tapi ternyata itu hanya kata manisnya saja. Hatiku parah berlerai bila ku lihat dia berbahagia bersama yang lain. Hanya Tuhan tahu betapa sakitnya hatiku saat itu. Pada saat itu juga lah aku hilang segalanya. Aku hilang keyakinan diriku, kepercayaan,semangat hidup dan kebangkitan hati ku masih belum ku temui sehingga sekarang. Aku tidak dapat menggantikan hati ini untuk sesiapa pun sehingga kini. Adakah aku bisa untuk mencintai semula. Mampukah aku untuk mempercayai ketulusan cinta yang sebenar. Aku berharap masih ada harapan untukku nanti. Aku tidak akan membenci dirinya. Namun aku akan doakan dia bahgia. Perpisahan kami mungkin bersebab. Terima kasih untuk dia sebab ajar aku tentang cinta sebenar. Aku tulus mencintai dia. Dan aku juga akan tulus melupakan dia. Aku reda dan menerima segala ketentuan ini. Ku tahu Tuhan tahu kenapa kisah cinta ini jadi begini. Ku reda. Ku akhiri kisah cinta ini di sini. Jumpa nanti kisah cinta dan happy ending yang ku harap akan tiba. Terima kasih cinta dan selamat tinggal cerita cinta kita. Selamat datang cinta baruku di masa depan.
Kisah ini aku abadikan di sini agar nanti tiada lagi salah faham untuk org baru yang datang dalam hidupku. Cukuplah sekadar kau baca ini supaya kau tidak tanyakan lagi aku tentang kisah luka ini. Aku tahu aku tidak akan mampu mnjawabnya lagi. Dan aku juga tak mahu mereka sakit hati mndengar kisah aku ini. Kisah ini aku abadikan menjadi kisah luka dalam hidupku dan alasan kenapa sukar bagiku untuk menerima cinta yang baru. Aku takut sejarah luka ini akan berulang lagi. Aku ingin mereka tahu bukan sengaja aku menolak tapi aku perlukan ruang untuk mereka fahamkan aku,percaya padaku dan yakinkan aku kembali. Aku sudah lupakan semuanya tapi aku tahu masa silam ini yang akan jadi racun buat diriku. Aku mohon agar jika kau baca ini jangan kau tanyakan lagi kisah tentang cintaku. Mulakan yang baru dan bahagiakan aku. Semua yang aku lakukan, aku elak, aku tak layan, aku susah nk terima cinta itu semua bersebab. Aku tak nak mereka berharap dan turut merasa luka apa yang aku rasa. Betapa sakitnya kita bila orang yg kita sayang pergi tanpa sebab. Sebab itu aku berhati2. Aku sudah lupakan dia. Itu yg harus awak (org baru) ingat. Tolong jgn curigai aku lagi.